Sunday, December 19, 2010

Kiamat pada 7 Safar 1434!



Mengikut kajian orang Barat yang mengkaji Kaum Mayan, mereka mengatakan bahawa pada 21 December 2012, bumi, bintang dan planet di galaksi akan berbaris dalam satu barisan dalam erti kata WHEN THE STARS ARE ALIGN. Apabila kejadian ini berlaku, akan terjadilah DOOMSDAY yang mereka gembar-gemburkan. Logik akal, adakah perbarisan (kajian Barat) bulan, bintang dan planet akan membawa kepada bencana pada dunia?
DAN mengikut HIJRAH CONVERTER yang saya ada perisiannya, 21 December 2012 bersamaan dengan 7 Safar 1434 iaitu hari JUMAAT. Mengikut sumber bacaan di Internet yang saya sempat baca, para pengkaji BARAT juga sudah mengira tarikh 21/12/2012 dalam semua agama. Yahudi dan agama lain. semuanya menunjukkan hari Jumaat.

Adakah ini suatu kebetulan yang mana pada tarikh tersebut,harinya ialah hari Jumaat. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang mafhumnya:
Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam A.S, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.

Satu rahsia yang tidak didedahkan secara terbuka di media berkenaan dengan penemuan NASA berkaitan dengan peristiwa ribut solar yang bakal melanda dunia. Dapatan yang diperoleh oleh NASA pada tahun 1983 telah mendapati bahawa sistem solar dalam galaksi bima sakti yang dikawal oleh pusat sistem suria iaitu matahari akan mengalami perubahan antara kedua-dua kutub matahari yang boleh mewujudkan ribut solar. Hal ini berlaku untuk setiap satu kitar yang mengambil masa selama 11 tahun.

Saya bukan menulis untuk membuat kekeliruan @ apa-apa. Saya ingin menunjukkan betapa berkerja kerasnya Kafir untuk mengelirukan kita. Channel History (555) di Astro ada membuat dokumentari tentang hal ini. Menggunakan kajian Nostradamus, seorang Yahudi yang dikatakan telah meramal 2012 adalah hari di mana bintang dan planet akan berbaris.

Untuk pengatahuan lebih lanjut anda bolehlah gunakan enjin Google. Internet yang ada jangan kita guna untuk perkara tak berfaedah. Insyaallah jika dengan izin-Nya saya akan blog lagi tentang hal ini.

No comments:

Post a Comment